2 Jun 2012

PRODUK PILIHAN: AL-QURAN DIGITAL & PEN PEMBACA ELEKTRONIK KHAS, SET LENGKAP

Untuk entri kali ni, aku nak beriklan berkenaan produk AL-QURAN DIGITAL SET, dengan kata lainnya, set alatan membaca Al-Quran secara moden.

Al-Quran Digital Set (selepas ini disebut sebagai "Quran Digital") ini didatangkan dengan naskhah mushaf Al-Quran khas bercip-elektronik, Pen Pembaca elektronik beserta aksesori, dan juga bantuan belajar tajwid. Naskhah Al-Quran dicipta khas dengan cip-elektronik yang mana boleh dibaca oleh Pen Pembaca dengan hanya perlu menyentuh ke atas ayat-ayat Al-Quran dengan menggunakan Pen Pembaca yang dicipta khas untuk set Quran Digital ini. Anda hanya perlu sentuhkan "point" Pen Pembaca tersebut ke atas lembaran naskhah Quran Digital tersebut, dan bacaan akan terdengar melalui loudspeaker khas pada Pen Pembaca tersebut; anda juga boleh mendengar menggunakan earphone (fon telinga) yang juga turut didatangkan dengan set ini. Pen Pembaca turut didatangkan dengan aksesori keperluan seperti charger, dan cable. Selain itu, alat bantuan belajar tambahan juga diberikan iaitu bantuan belajar tajwid.

Pen Pembaca itu juga turut terbina dengan beberapa bahasa-bahasa pilihan agar memudahkan pemahaman terutama sekali yang melibatkan bantuan terjemahan; seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa India, dan sebagainya (tertakluk kepada jenis model yang ada). Selain itu, bantuan pembelajaran berkenaan tanda-tanda bacaan dalam Al-Quran juga turut tersedia dan diprogramkan bersama Pen Pembaca tersebut; termasuklah wakaf-wakaf, dan sebagainya. Selain bertindak sebagai gadget bacaan, Pen Pembaca ini juga boleh dijadikan pemain mp3 untuk didengar pada bila-bila masa sahaja. Anda boleh gunakan sebagai pemain bacaan zikir, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, dan sebagainya; ini juga baik untuk mereka yang mempunyai anak-anak kecil (dipasang ketika tidur sebagai ikhtiar untuk "memagar" dari gangguan makhluk halus) dan juga sesuai untuk ibu-ibu mengandung (dengar menggunakan fon telinga, sebagai ikhtiar untuk mendidik anak sejak dari dalam kandungan). Pen Pembaca ini juga memberi pilihan untuk memperdengarkan bacaan dari beberapa imam-imam terpilih sebagai halwa telinga, mendengar bacaan yang enak didengar oleh telinga masing-masing, sekaligus membantu memberi ketenangan pada minda.

Secara dasarnya, set Quran Digital ini amat baik untuk dijadikan sebagai panduan alternatif agar lebih mendekatkan diri kita dengan Al-Quran, dan sekaligus mengingati Allah. Andai tiada masa yang mencukupi (walaupun ini sebenarnya bukan alasan yang baik), dengan mendengar dan membaca bersama juga insyaa Allah dapat menambahkan pahala.

Anda boleh dapatkan set Quran Digital ini dari kami dengan harga yang berpatutan.

DISEMAK DAN DISAHKAN OLEH K.D.N. DAN JAKIM!

AL-QURAN DIGITAL + PEN PEMBACA ELEKTRONIK

HARGA PROMOSI: RM 350.00 KINI HANYA RM 300.00 SAHAJA!

HARGA ASAL: RM 385.00

  • PEMBACAAN LENGKAP 114 SURAH (30 JUZU’);
  • BACAAN SERTA-MERTA BILA “PEN PEMBACA” MENYENTUH AYAT-AYAT DI DALAM NASKHAH AL-QURAN DIGITAL;
  • RAKAMAN BACAAN BERKUALITI TINGGI & JELAS DIDENGARI;
  • TERJEMAHAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA & BAHASA INGGERIS;
  • FORMAT NASKHAH RASM UTHMANI;
  • MERAKAM & MEMBANDINGKAN BACAAN DENGAN BACAAN DARI QARI PILIHAN;
  • BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PEMAIN MP3; MUDAH DIBAWA & DISIMPAN;
  • BUKU PANDUAN BACAAN & TAJWID DISEDIAKAN SEBAGAI BANTUAN MEMBACA AL-QURAN;
  • PILIHAN MENDENGAR MENGGUNAKAN SPEAKER @ EARPHONE;
  • DIDATANGKAN DENGAN SET CHARGER & KABEL;
  • DIDATANGKAN DENGAN 2 PAKEJ; IAITU PAKEJ #1 (DI DALAM BEG KULIT, SESUAI UNTUK YANG BERJIWA KLASIK) & PAKEJ #2 (DI DALAM KOTAK YANG CANTIK BERHIAS, SESUAI DIJADIKAN HADIAH & HANTARAN)


UNTUK PERTANYAAN & PEMBELIAN, SILA HUBUNGI KAMI MELALUI EMEL:
shhhroom@gmail.com

ATAU BOLEH SMS KEPADA KAMI MELALUI 016-3802584. SMS SAHAJA AKAN DILAYAN :)
Flyer QURAN DIGITAL yang dijual oleh kami :)

Coretan Penuh » PRODUK PILIHAN: AL-QURAN DIGITAL & PEN PEMBACA ELEKTRONIK KHAS, SET LENGKAP

19 May 2012

BACKPACK PILIHAN KALI INI: JACK WOLFSKIN BIKE & HIKE 30

Walaupun baru sahaja beberapa hari lepas aku ada update berkenaan backpack, entri kali ini pun aku nak bercerita berkenaan backpack. Lagipun dah lama tak update, alang-alang update, biar lah meriah sikit.

Ok, kali ini aku nak bercerita berkenaan backpack JACK WOLFSKIN BIKE & HIKE 30 (selepas ini disebut sebagai "BH30"); salah satu dari backpacks hebat dari Jack Wolfskin.

Back panel yang canggih!
BH30 ini berkapasiti 30L, dengan anggaran ketinggian secara kasar 42cm, lebar purata 36cm, dan bukaan ketika dikembungkan sepanjang 26cm, BH30 ini sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan trip jangkamasa yang tidak lama, seperti "daypack" trip seperti trekking tanpa bermalam, mendaki tanpa bermalam, dan juga travel untuk selangmasa yang pendek dan waktu perjalanan yang ringan. Selain itu, dari segi nama sahaja pun dah boleh nampak kegunaan lainnya, iaitu "biking"; sesuai untuk penggemar aktiviti berbasikal dan bermotosikal untuk trip perjalanan ringkas, dan tidak memerlukan bekalan trip yang banyak.

Dari segi rupa luaran, BH30 mempunyai rekabentuk yang menarik dan tegap, di samping sedikit melengkung agar memberikan efek aerodinamik, sesuai untuk mereka yang berbasikal dan bermotosikal, mengharung tekanan angin yang agak tinggi dan padat; BH30 ini tidak akan mengganggu pergerakan dan laluan angin.

Aliran udara sempurna!
Di bahagian back panel BH30 pula terdapat jaringan yang membenarkan laluan angin dengan mudah dan teratur agar memberikan keselesaan dan kestabilan dalam penggunaan. Udara lebih mudah melalui ruangan yang berjaring, dan haba juga dengan mudah dapat terbebas; dan ini memberikan keselesaan kepada pemakainya, terutama bila dalam keadaan berpeluh -- mengurangkan rasa tidak selesa di belakang badan! Selain dari sistem jaringan tersebut, BH30 juga mempunyai sistem pengaliran udara yang khas di mana flow udara boleh bergerak dengan lebih sistematik melalui lekukan yang disediakan.

Sistem foam padding pada back panel BH30 ini juga menambahkan keselesaan dalam penggunaannya. Padding yang sungguh lembut dan tegap memberikan keselesaan pada lekuk belakang badan. Tali penggalasnya juga lembut dan selesa, dengan penggunaan foam padding yang lembut tetapi tegap ini. Membuatkan anda rasa yakin dalam mengangkat bebanan.

Rain cover tersedia
Dari segi keseluruhan, sistem back panel BH30 ini sememangnya memberikan keselesaan dan pembahagian bebanan yang baik kepada pemakainya.

Untuk spesifikasi lain pula, kebanyakannya adalah spesifikasi yang biasa didapati pada kebanyakan backpacks hebat yang lain. Antara contoh, BH30 ini juga turut membenarkan penggunaan hydration bladder (biasanya dijual berasingan) dengan mudah di mana corong keluar tube berada di bahagian atas BH30 ini. BH30 ini juga turut tersedia dengan rain cover untuk pastikan penggunaannya terlindung dari basahan.

Sistem reflektor, terang!
BH30 ini juga dilengkapi dengan sistem LED; iaitu sistem reflektor yang sungguh terang apabila berinteraksi dengan pencahayaan di kala gelap dan waktu malam. Sistem ini menambahkan nilai keselamatan pada pemakainya agar berada dalam keadaan yang selamat ketika menggunakannya. Ini kerana, seperti yang diterangkan sebelum ini, BH30 juga memfokus kepada "biker" di mana risiko keselamatan perlu dipandang agak tinggi, terutama sekali ketika berkayuh di waktu malam atau suasana gelap; berbanding penggunaan ketika "hiking", penggunaan ketika "biking" lebih terdedah kepada bahaya dari kenderaan yang melalui laluan yang sama dengan laluan penggunanya.

Secara total, BH30 ini amat menarik dengan ciri-ciri hebat yang ada padanya. Anda cuba dulu, baru anda tahu. Selamat mencuba! :)

JACK WOLFSKIN BIKE & HIKE 30 (100% ORIGINAL, MANUFACTURED IN VIETNAM) ini ada dijual di The Shhhroom: Outdoor & Tactical. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman Facebook di http://www.facebook.com/theshhhroom

 
   

CAPACITY: 30L
EST. DIMENSION: 42 CM (H) x 36 CM (W) x 26 CM (D)
COLOR: BASALT
- 100% ORIGINAL, MANUFACTURED IN VIETNAM;
- BRAND NEW ITEM, FRESH FROM MANUFACTURER;
- HIGH QUALITY PRODUCTION;
- COMFORTABLE, LIGHTWEIGHT AND FLEXIBLE ERGOFORM PRO CARRY SYSTEM FOR OPTIMAL LOAD DISTRIBUTION AND GREATER FREEDOM OF MOVEMENT;
- PREPPED TO ACCEPT AN ON-BOARD HYDRATION SYSTEM (TUBE DUCT AND TUBE ATTACHMENT);
- INTEGRATED RAIN COVER STOWED IN BASE COMPARTMENT;

Coretan Penuh » BACKPACK PILIHAN KALI INI: JACK WOLFSKIN BIKE & HIKE 30

18 May 2012

MENGENAL HAIWAN: PLATIPUS

Untuk entri kali ini, aku nak bercerita mengenai platipus. Bukan apa, perlu rasanya untuk sekurang-kurangnya mengetahui secara am berkenaan haiwan-haiwan yang wujud, terutama yang sukar/tidak ditemui di Malaysia. Agar memudahkan kita bila berada di tempat lain, dan bertembung dengan haiwan-haiwan ini. Sekurang-kurangnya kita tahu maklumat ringkas berkenaannya.

Platipus adalah haiwan separa-akuatik, yang biasanya ditemui di Australia; beberapa jenis juga pernah ditemui di beberapa tempat lain di dalam dunia, tetapi dalam bilangan yang sangat kecil. Dikategorikan sebagai mamalia, hidup di air dan di darat, platipus juga adalah haiwan yang bertelur, dan bukan beranak seperti mamalia lain.

‎"Pous" dalam bahasa Greek bermaksud "kaki", dan kemudian dilatinkan menjadi "pus" yang juga membawa maksud "kaki". "Platus" pula, dalam bahasa Greek, membawa maksud "leper, rata" dan kemudian dilatinkan menjadi "platu" yang juga membawa maksud yang sama. Maka dari perkataan latin (adaptasi dari Greek), "platupous" diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "platypus", yang turut jua diterjemah ke bahasa Malaysia sebagai "platipus"' iaitu haiwan yang berkaki leper.

Yaa platipus adalah haiwan yang comel, berbulu halus, berkaki leper, berparuh itik. Tetapi anda perlu ingat, bahawa haiwan ini antara haiwan yang mempunyai bisa yang boleh membunuh! Antara yang mempunyai bisa yang berbahaya!
Coretan Penuh » MENGENAL HAIWAN: PLATIPUS

14 May 2012

BACKPACK PILIHAN KALI INI: QUECHUA FORCLAZ SYMBIUM ACCESS 70+10

Untuk entri kali ini, aku nak review sikit berkenaan backpack/rucksack Quechua Forclaz Symbium Access 70+10; antara beg yang terkenal dari jenama QUECHUA -- jenama terkenal dunia! Walaupun bunyi jenamanya tidak lah kedengaran sedap mana, tapi brand ini antara yang terkenal di kalangan orang gunung dan travellers. Kualitinya juga tinggi, dan mempunyai senarai spesifikasi dan fungsi yang hebat! Quechua Forclaz Symbium Access 70+10 (selepas ini disebut sebagai "Forclaz") sememangnya adalah pilihan yang tepat!

Nota Sampingan: Ada dijual di The Shhhroom: Outdoor & Tactical dengan harga yang menarik! Dijamin 100% original/genuine/authentic! Manufactured in Vietnam :)

Aku mulakan dari segi material dan rekabentuk. Forclaz terbina dengan material berkualiti tinggi, campuran beberapa jenis bahan-bahan menarik seperti nylon, neoprene, cotton tegap, dan macam-macam lagi; bahan-bahan plastik yang digunakan untuk clipper atau lock beg ini juga bukan calang-calang punya buatan; zip-zip juga adalah dari jenama yang terkenal berkualiti tinggi. Selain material yang digunakan, rekabentuk Forclaz juga sangat menarik dipandang mata. Percayalah, jika beg ini ada di depan mata anda, pastinya anda akan teruja untuk menggunakannya!

Dari segi spesifikasi hebat, beg ini sememangnya mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada penggunanya.

Top-loader yang boleh
 ditarik ke paras dada
Aku mulakan dari bahagian atas; bahagian top-loader. Top-loader beg ini, ataupun bahagian ruang simpanan atas, boleh memuatkan pelbagai barangan penting anda! Apa yang menambah ciri menarik pada bahagian ini adalah, top-loader ini boleh ditarik ke paras dada anda dengan mudah, walaupun ketika anda sedang menggalas beg ini tanpa perlu menoleh, mahupun membuka beg ini; anda hanya perlu tarik sahaja dengan mudah, dan anda boleh mencapai barangan penting anda tanpa perlu bersusah payah! Untuk pengetahuan anda, bahagian top-loader ini dilengkapi dengan harness getah yang fleksibel dan mudah dilentur, dan ini yang memudahkan bahagian top-loader ini ditarik tanpa mencederakan pengguna!

Back panel yang sungguh
menarik dan selesa!
Beralih pula ke bahagian back panel Forclaz ini. Ciri utama paling menarik di back panel ini adalah sistem "shock absorber" sebagai penyerap hentakan dan juga penstabil goncangan dan gegaran dari bebanan; ini sangat penting dalam memberi kestabilan dan membahagi bebanan dengan baik tanpa mencedera dan menyakitkan pemakainya, terutama di bahagian sistem tulang tunjang pemakainya. Sistem penyerap hentakan ini juga dibantu oleh aluminium ringan dan tahan lasak agar memberi ketegapan dalam sistem back panel Forclaz ini. Selain itu, sistem back panel yang terbina oleh foam padding yang sungguh selesa dan mengikut bentuk belakang lelaki secara amnya. Sistem back panel Forclaz juga memberikan ruang pengaliran udara dan haba yang baik agar memberi keselesaan yang lebih kepada penggunanya.

Rain cover tersedia!
Selain dari fungsi-fungsi hebat ini, beberapa fungsi asas yang kebiasaannya terdapat pada hampir semua backpacks/rucksacks terkenal dunia, juga terdapat pada fungsi asas Forclaz. Antaranya, Forclaz turut dilengkapi dengan rain cover (untuk warna hitam, rain cover berwarna hijau muda yang menawan!). Forclaz juga turut membenarkan penggunaan hydration bladder di mana laluan tiub dan penyimpanan bladder turut tersedia bersama rekaan Forclaz (hydration bladder biasanya dijual berasingan, kecuali jika anda penjual yang ingin memberikan ia secara percuma bersama beg ini).

Sebenarnya terdapat banyak lagi fungsi menarik yang terdapat pada Forclaz, tetapi ia perlu dialami sendiri oleh anda demi merasakan kepuasan penuh menggunakan Forclaz. Anda wajar memiliki Forclaz ini demi merasai sendiri pengalaman hebat ini! Cuba dengan penuh keterujaan! Selamat mencuba! :)

 
 
 
 
 
 





CAPACITY: 70L+10L
EST. DIMENSION: 86 CM (H) x 38 CM (W) x 26 CM (D)
COLOR: BLACK


- DETACHABLE FOLDING HOOD;
- "ALL" LOAD ADJUSTER STRAPS;
- CARRYING SYSTEM SUITED TO THE MALE BODY. ADJUSTABLE BACK;
- VENTILATED BACK (AIR COOLING TECHNOLOGY). AIR COOLING-CERTIFIED PACKS ARE LABORATORY-TESTED IN ORDER TO ASSESS THE QUALITY OF THEIR VENTILATION SYSTEMS: A HEATED DUMMY WHICH CAN PRODUCE ARTIFICIAL SWEAT PROVIDES A SCIENTIFIC AND OBJECTIVE MEASUREMENT OF THE PACK’S ABILITY TO REDUCE PERSPIRATION. THIS CERTIFICATION IS ONLY GIVEN TO PACKS THAT PERFORM SIGNIFICANTLY BETTER THAN A “BASIC” MODEL IN THE RANGE (WHICH DOES NOT FEATURE ANY PARTICULAR VENTILATION SYSTEM). WE ALSO MATCH THEM UP AGAINST RIVAL PRODUCTS ON THE MARKET;
- PREPPED TO ACCEPT AN ON-BOARD HYDRATION SYSTEM (TUBE DUCT AND TUBE ATTACHMENT);
- THE SYMBIUM PIVOTING BELT AND THE SHOULDER STRAP ELASTICS ALLOW THE SHOULDERS AND HIPS LOTS OF FREEDOM OF MOVEMENT. THIS REDUCES THE STRESS AT THE SHOULDER STRAPS AND BELT THEREBY MAKING IT MORE COMFORTABLE FOR LONG HIKES;
- BACKPACK COMPONENTS ARE APPROVED IN LABORATORY TESTS: FABRICS, BUCKLES, STRAPS, PADDING, ZIPS, ETC. FABRICS ARE TESTED FOR RESISTANCE TO ABRASION, TEARING, UV RAYS, REPEATED WASHING, WATERPROOF PROPERTIES, ETC. A FINAL TEST ON THE FINISHED PRODUCT SIMULATES THE KIND OF TREATMENT TO WHICH IT WILL BE SUBJECTED OVER SEVERAL YEARS, TO ASSESS THE STRENGTH OF THE ASSEMBLY. A FULLY LOADED BACKPACK IS PUT ON A DUMMY TO SIMULATE THE MOVEMENTS OF A FAST-WALKING HIKER OVER THOUSANDS OF CYCLES;
- THE SYMBIUM 4 SYSTEM REDUCES THE FORCES EXERTED ON YOUR BACK BY ALMOST 8% WHEN COMPARED TO A TRADITIONAL BACKPACK. THE SYMBIUM 4 ELASTIC ALLOWS THE PACK THE "BOUNCE" THEREBY AIDING THE PERSON TO PROPEL THEMSELF FORWARDS. THE SYMBIUM 4 ELASTIC ABSORBS THE SHOCKWAVE OF THE BAG ON THE BACK. THIS RESULTS IN A 720 G REDUCTION FOR EACH STEP FOR A 20KG BAG, THAT IS, 31 METRIC TONS LESS ON THE BACK FOR A 6-HOUR HIKE AND A REDUCTION IN THE EFFORT REQUIRED BY THE WALKER;
- INTEGRATED RAIN COVER STOWED IN BASE COMPARTMENT;
Coretan Penuh » BACKPACK PILIHAN KALI INI: QUECHUA FORCLAZ SYMBIUM ACCESS 70+10
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More